My Tugasan

Friday, July 22, 2011

Topologi Rangkaian !

Topologi Bintang


 Topologi Bintang merupakan satu sistem rangkaian yang mana semua komputer atau peranti lain yang berkenaan disambungkan kepada satu sistem pengagihan pusat yang dikenali sebagai Hub atau Switch. Semua mesej atau data dihantar kepada hub yang sebagai pusat kawalan bagi menelakkan perlanggaran daripada berlaku.

Topologi Cincin
View Image


  Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama.

Topologi Bas

Topologi bas atau juga dikenali sabagai Ethernet menggunakan satu talian memanjang di mana setiap nod berhubung kepadanya. Data akan dihantar oleh setiap nod dengan harapan ianya tidak berlanggar dengan data yang dipindahkan dari nod yang lain. Sekiranya ianya berlaku,nod tersebut akan mencuba sekali lagi sehingga berjaya.

1 comment: